Aquarius

Thursday, January 24, 2013

Kek Angan-Angan SULTAN

salam 1 Malaysia, apa khabar SYG?
hope SYG sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, AMIN.
jom nak cerita sikit pengalaman CINTA dengan
'KESULTANAN JOHOR'


sumber: http:///theadmirehunkz.blogspot.com/
Almarhum DYMM Sultan Iskandar bersama cucunda kesayangan DYAM Tunku Mahkota  Johor Darul Takzim Tunku Ismail Ibrahim sewaktu hari Pemasyuran cucunda baginda sebagai Raja Muda Johor dan dianugerahkan dengan Darjah Kerabat Johor pangat Kedua pada 8 april 2006
Opsss!!bukan apa yg SYG pikirkanlah,
CINTA tak ada pun sewaktu hari Pemasyuran tu,
cuma nak berikan gambaran pada SYG yg belum mengenali
insan penting yg CINTA ingin ceritakan nanti.

Hari Memperingati Kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Iskandar.
(JANUARI 22, 2010)
AL-FATIHAH
Sultan Iskandar mangkat pada tanggal 22 Januari 2010,
Jumaat 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas
dimasukan ke hospital kerana GERING.
Kemangkatan Baginda diumumkan Menteri Besar Johor,
Dato' Abdul Ghani Othman.

Almarhum diputerakan di Istana Semayam,Johor Bahru
 pada 8 April 1932, dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat pada 11 Mei 1981. Baginda pernah ditabalkan sebagai Yang di Pertua
Agong kelapan pada 25 November 1984.

Ketika hayatnya, baginda adalah seorang sultan
yg sangat disenangi, tegas dan sanggup MENGETEPIKAN
PROTOKOL istana untuk bersama-sama rakyat jelata dan meninjau kehidupan mereka.
sumber: http://kesultananjohor.blogspot.com

JAMUAN TEH SEMPENA HARI KEPUTERAAN 
DYMM SULTAN JOHOR APRIL 2006. 
 (Almarhum Sultan Iskandar)
apa kisahnya dengan 'KESULTANAN JOHOR'
golongan KERABAT tuuuu, bukan senang nak ada kaitan TAU,
jadi bermulalah cerita CINTA,
CINTA dijemput bersama-sama ke jamuan TEH sempena
hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.
wah wah wah!!DIJEMPUT tu,
SYG ada ke?
wakahkah

hak milik
selepas Hari Pemasyuran Raja Muda Johor,
DYMM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
semperna Hari Keputeraan Almarhum Sultan Iskandar,
CINTA dijemput membuat persembahan
PANCARAGAM,
kiranya jadi penghibur lara SULTAN lah waktu tu,
TERUJA sangat sewaktu dipilih menjadi sebahagian ahli
untuk membuat persembahan,
gembira sesangat.

sumber
wah wah wah,
berhadapan dengan KERABAT DIRAJA tau,
orang cakap untunglah FACE TO FACE,
bukan tu jekw, ada jugak KELIHATAN kemah yg penuh sarat dengan deretan KEK SULTAN yg kelihatan sangat colourful,
ada yg BESAR, ada yg TINGGI,
mcm2 lah seperti cth gambar kat atas tu.
dalam masa tengah buat persembahan bersungguh2,
sempatlah jugak berangan-angan,
kalaulah dapat makan KEK SULTAN tu kan BEST,
KEK ANGAN-ANGAN SULTAN,
tapi tu semua bermula HANYA dengan
KALAULAH!!!!

hak milik 10 april 2006
dalam sibuk 'KALAULAH, kalau nanti' Tuuu,
tup tup tup!!! keesokan harinya, sampai jekw SEKOLAH
terdengar yg SULTAN mencemar duli memberikan KEK KEPUTERAAN
baginda kepada ahli-ahli yg membuat persembahan untuk baginda sewaktu
JAMUAN TEH semalam, wah wah wah baik tak Armarhum SULTAN CINTA?
sangup bersama-sama rakyat jelata dan sentiasa
mengambil berat tentang rakyat baginda. tulah sebabnya
baginda sentiasa disenangi.

LEPAS tu apa lagi,
owhhh ANGAN-ANGAN ku jadi kenyataanlah,
jadi dapatlah CINTA makan KEK yg diingin dan dimimpikan tu,
REZEKI tuhan yg berikan, jika tu REZEKI kita mustahil mcm
mana pun, dengan KASIH SYG ALLAH tiada
yg mustahil SYG.

kesimpulanya, jasa dan kebaikan Almarhum Sultan yg telah dicurahkan kepada rakyat akan sentiasa dihargai dan akan dikenang. Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh, insyaallah, AMIN.

CINTA si gadis aquarius :)



No comments:

Post a Comment