Aquarius

Wednesday, January 30, 2013

Petik Gitar Kapok! BOLEH ke?

wazup waZUP SYG (^_^)V,
Fuh Fuh fuhhh, LETIH sebenarnya CINTA dua hari nie,
lepas meningkat umur nak jugak cuba benda lain
dari yg lain tahun nie, saja jekw nak CUBA JAYA petik, petik gitar.
alah gitar KAPOK jekw pun, ingat tak susah mana,
rupanya,
'Susah Gila SYG oiii'
sumber
Gitar Tu Apa Benda?
CINTA pun tak tahu nak jawab sebenarnya,
jadi CINTA buat rumusan jekwlah lepas tanya pakcik GOOGLE,
kalau salah SYG BETULKAN lah ya ;)
kongsi sikit ilmu buleh la KOT...

GITAR nie adalah salah satu alat muzik bertali
yg mempunyai badan seperti BIOLA. Ianya terdiri daripada
satu batang LEHER yg panjang dan terdapat
ruas-ruas yg dipanggil "FRET", Kebiasaannyanya juga terdapat enam tali yg boleh dimainkan dgn memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun PLETRUM (pemetik gitar).
Namun terdapat jugak gitar dengan empat,
tujuh, lapan dan dua belas tali.
sumber
mula-mula nak CUBA JAYA nie,
 mestilah ada GITAR kan, jadi caranya KIDNAP gitar adik CINTA
waktu dia BALIK ASRAMA, pastu nak belajar tanpa CIKGU kenalah cari INISIATIF sendiri, iaitu daya usaha dan gerak pertama untuk memetik gitar, dan mangsanya pastilah YOUTUBE.
jadi abang RIP TARD lah bahan rujukan CINTA.

(Guitar Lesson  Learn THE 4 Chords - YouTube)  

APA yg Perlu Tahu?
Pertama adalah "FRET" gitar.
bagi mengeluarkan bunyi mengikut kord, tali strings perluhlah ditekan
di ruas-ruas yg terdapat di LEHER gitar yg panjang
dan dikenali sebagai "FRET".

Kedua adalah PENJARIAN.
jari tangan kiri SYG adalah untuk menekan TALI STRINGS,
Nombor Jari Tangan Kiri ;-
Jari Telunjuk (INDEX) = 1
Jari Tengah (MIDLE) = 2
Jari Manis (FAKE) = 3

manakala jari tangan kanan SYG pula adalah untuk memetik tali strings
 bagi menghasilkan STRUMMING PATTERNS,
cth: down down up down
'DDUD'

Ketiga adalah "6 STRINGS" gitar.
Bottom String 1 = high E ( tali nipis, yang paling dekat dengan tanah)
String 2 = B
String 3 = G
String 4 = D
String  5 = A
Top String 6 = low E  ( tali tebal, paling dekat dengan siling)
tuntasnya, nak tahu lebih lanjut silalah tengok video
Rip TARD tu okay. (^_-)V

TIADA BENDA YG MUDAH (-_-)T
sumber
kan best kalau ada yg PELAWA
"JOM CINTA, SYG AJARKAN GITAR"
wah wah wah mimpi siang hari lagi,
situasi nie teringat cerita 'We Got Married YongSeo',
romantik sangat Yonghwa CNBlue ajar Seohyun SNSD main gitar,
kan seronok kalau ada CIKGU yg boleh ajar.
Lagi2 dapat abang2 HENSEM,
kuh kuh kuh GATAL dah nie.
Astaghfirullah- al'azim,
salah niat (-_-)~

Jujur cakap bukan mudah
nak main GITAR nie, Lagi2 tanpa CIKGU,
abislah HENTAM KROMO jekw, asal ada BUNYI, walaupun sumbang mambang,
lepas tengok video RIP TARD, CINTA bolehlah main 4 kord
TAPI tak ada bunyi lagi, rthym lagu tak sampai2,
tak boleh nak gabungkan petikan
STRUMMING  sambil tukar-tukar tekan
tali STRINGS, LAMPI mcm CINTA
memang mcm TU, lambat pikap sikit,
 tak tahulah kalau yg GENIUS
mcm SYG, dengar jekw
dah boleh main.

Jangan Marah KIDNAP Gitar (^_-)V
hak milik
Sbb nak mencuba jadi mangsanya
gitar adiklah, saja jekw KIDNAP kejap sementara
adik CINTA balik asrama, gitar KAPOK jekw pun,
takkan marah KOT!!! kah kah kah
tapi nak megadu kat SYG,
sakit gila jari-jemari CINTA nie,
tak tahulah sbb gitar KAPOK jekw atau
 balasan ambil TANPA IZIN,
mederita jari nie SYG oiii,
tu yg tak menari sakan jari nie tulis blog.
mcm kura-kura dah CINTA
tekan keyboard lappy, bisa bukan main,
yalah JARI tak pernah buat kerja berat,
MASAK pun sekali-sekala,
MENYAPU RUMAH jauh sekali,
ini pulak TIBA-TIBA nak tekan TALI TANGSI,
mcm manalah si pemetik gitar main beribu lagu,
KEBAL agaknya jari dorang tu.
LEPAS nie tak tahulah nak
teruskan atau pun PUTUS ASA????
kah kah kah

kesimpulanya, Janganlah SYG takut untuk bermimpi
mencapai langit serta lakukan lah sesuatu yg SYG ingin
lakukan kerana HIDUP hanya sekali, apa yg dimimpikan perlu
dilaksanakan walaupun ianya kadang-kadang MUSTAHIL
pada pandangan orang lain, tapi percayalah SYG dengan KASEH
Sayang allah tiada yg mustahil. mereka perlu
terus lihat dan mendengar
KERANA,
sumber
CINTA si gadis aquarius :)


Sunday, January 27, 2013

Birthday Surprise Si Aquarius

HELLO HELLO HELLO!!! (^_________^)T
tengok tu SYG, kalau boleh CINTA nak
senyum sampai ke telinga,
hari nie paling bermakna buat CINTA si Gadis Aquarius,
yalah skunk kan waktunya zodiak sedang
melambangkan gelombang alur air.

Birthday Surprise (^_- )T
sumber
Birthday adalah hari apabila 
seseorang meraikan ulang tahun 
kelahiran beliau. Ulang tahun diraikan dalam banyak budaya mengikut 
agama mereka seperti parti bersama rakan, jamuan doa selamat & etc. 
Sambutan hari lahir biasanya dianggap menandakan 
berapa lama seseorang itu hidup 
sebelum kematian berlaku. 

Birthday Surprise 
adalah sambutan meraikan ulang tahun 
yg tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada yg diraikan. Mereka cuba 
menyembunyikan diri daripada pandangan dan berpura-pura tidak mengetahui apa2 yg akan berlaku.
 Namun bergitu, apabila kedaan yg dinantikan tiba mereka melompat 
dari persembunyiaan dan menjerit "SURPRISE". Untuk beberapa jamuan
 keraian seperti hari kelahiran, Surprise party dianggap sebagai 
taktik yg baik untuk kejutan kepada yg diraikan.

Dibuai Dunia Sendiri (-_-)"
sumber
sbb tak sedap badan CINTA
pengsan sepetang, biasalah Gadis Aquariuskan
  'EMOSI TAK TENTERAM',
ada BULAN ke tak ada bulan ke sama jek, jadi seharianlah KENING bercantum, dan MUNCUNG itik tu datang lagi. Emosi EGOIS mcm tu ingat ada yg BERANI nak tegur ke? jadi CINTA hanya melayan EMOSI sendiri dan terpisah dengan dunia LUAR,
tak ambil tahu pun apa2 yg terjadi,
sampailah waktu MAGRIB,
bangun untuk MEMBERSIH kan diri.
masih melayan EMOSI sendiri,
dan tidak mengendahkan walau
seimbas bayangan.
lepas tu LEPAK lah bersama keluarga depan TV.

sumber
masih segar dengan Salam Maulidur Rasul,
TV3 memaparkan Telimovie Sempena Smbutan Maulud Nabi,
yg bertajuk ANAK SAMPAH,
sinopnya mengisahkan pelakon popular Maryani yg telah mengandung
anak luar nikah, dan keluarganya Datuk Roslan Ahmad telah
membuang anak luar nikah demi menjaga maruah mereka tanpa
pengetahuan Maryani dan mereka cerita tentang kematian anaknya,
namun bergitu tanpa pengetahuan mereka anaknya
telah dijaga oleh pemandu mereka sendiri.
Suffian yg telah dibuang itu, membesar dengan
dendam kepada ibunya Maryani,

tanpa mengetahui kisah sebenar, dia cuba
mendekati keluarga Maryani 
dengan mendekati adek tirinya Alia. sewaktu persiapan pertunangan 
dengan Aliah telah siap disediakan, Suffian membatalkan
 niat untuk meneruskan dendamnya setelah mengetahui kisah 
sebenar. baginya IBU kandungnya adalah wanita yg baik 
dan tidak bersalah kepadanya. 
Suffian meninggalkan KELUARGA MARYANI dengan sepucuk 
surat yg menceritakan segala niat jahatnya.
namun bergitu Maryani tetap 
mencari Suffian kerana terlalu rindukan anaknya itu. akhirnya Aliah perlu
 melupakan niatnya untuk bertunang dengan Suffian kerana 
mereka merupakan adik-beradik sama ibu. 
Tamat dengan mereka semua 
kembali bersama :)

SEDIH 
sangat endingnya,
CINTA pun menangis,
belum sempat layan EMOSI,
TIBA-Tiba....
"Surprise"
hak milik 27 Januari 2013
('Brithday Surprise' sempoi jekw pakai baju tido, tak sedar pun semua dah sediakan KEK, sbb diorang semua jadi PELAKON TAMBAHAN berlakon fokus tonton telimovie Anak Sampah tu. CINTA tak perasan pun. huhuhu) 

CINTA Sangat Merhargainya(^_^)V
hak milik
(cak cak cak, buka-buka hadiah ada KATAK, colour HIJAU pulak tu, SYG nak tahu, Prof CINTA cakap HIJAU tu warna Syurga, 
jadi my sister tahu apa yg CINTA suka, CINTA suka colour HIJAU )

alhamdulillah bersyukur CINTA 
kehadrat Ilahi, meningkat lagi umur CINTA menjadi 23 tahun. 
Allah masih memberi peluang CINTA menerokai nikmat yg diberikanNya. 
Semoga CINTA diberikan kesihatan dan kebahagian bersama family. 
Terima Kasih tidak terhingga kepada family yg tidak putus2 
mendoakan kebahagian CINTA. Juga Thank You So Much SYG 
semua yg wish bufday CINTA. walaupun jauh beribu batu, 
wish SYG semua membuatkan hati kecil TERSENTUH HEBAT.
 semoga allah memberikan kesihatan selalu kepada family 
dan SYG semua agar dapat menjalankan
 tanggunjawab dengan sempurna :)


kesimpulanya,belajarlah menghargai apa yg SYG ada,
sebelum ianya tiada. Jangan selalu mengeluh, kerana keluhan hanya
akan memusnahkan sebuah harapan. Jangan sesekali SYG terlalu
mengharapkan kepada insan lain mengigati Ulang Tahun SYG,
 kerana selagi ianya bergelar insan, ia adalah lemah. Jadi
serahkanlah segala HARAPAN, usaha dan
doa pada Allah yg satu. (^_^) V

CINTA si gadis aquarius :)





Saturday, January 26, 2013

Suara Hati Maafkan Lah

SYG kat mana? (-_-"),
hari nie CINTA sedih, terjadinya pergaduhan tadi,
sebenarnya taklah bergaduh mana pun, cuma terjadinya PENINGKATAN
nada suara yg tidak sepatutnya, jadi menyebabkan keadaan yg membuatkan pihak kedua TERASA HATI,
lazimnya sebelum CAKAP tak sempat nak BERFIKIR sbb kata2 dan suara TU jalan dulu sebelum ianya ditapis. nak buat mcm mana,
TERLAJAK PERAHU bolehlah nak undur,
TERLAJAK KATA binasalah badan.
jadi hanya satu penyelesaiannya,
Suara Hati MAAFKAN LAH!
sumber
KEMAAFAN or PENGAMPUNAN
adalah penolakan atau pemberhentiaan KEBENCIAN, KEMARAHAN yg 
disebabkan kesalahan, perselisihan atau kesilapan seseorang. KUASA MEMAAFKAN adalah sesuatu yg hanya boleh berlaku dengan adanya sifat kasih sayang. Keupayaan untuk membalas kejahatan dengan 
kebaikan adalah MEMAAFKAN.
sumber:http:///www.facebook.com/arif.ainuddin

".......dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. 
Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mangampunimu? Dan Allah 
Maha Pengampun, Maha Penyayang," (QS.An Nuur, 24:22)

sumber
KATA MAAF pula adalah pembebasan
seseorang daripada hukuman disebabkan kesalahan, perselisihan atau kesilapan yg telah dilakukan. Ia juga merupakan satu ungkapan permintaan ampun atau penyesalan setelah berupaya melepaskan sikap sombong dan EGOIS diri sendiri. EGOIS adalah sifat kepada orang yg tidak mempedulikan kepentingan orang lain, yg hanya memikirkan
kepentingannya sendiri.

dari Haritsah bin Wahab r.a bahawa ia mendegar
 Rasulullah s.a.w bersabda, "Senangkah kalian jika aku beritahukan 
tentang ahli surga? Ia (ahli surga itu), setiap orang yg lemah dan memandang diri (sendiri) lemah, yg  jika bersumpah kepada Allah pasti dikabulkan. Dan sukakah kalian aku beritahukan tentang ahli neraka?Ia (ahli neraka itu) adalah setiap orang yg 
KASAR, TIDAK SABAR, dan BONGKAK lagi SOMBONG."
(Bukhari dan Muslim)
sumber: http://apandin.wordpress.com/

Dengarlah SYG suara hati CINTA (-_-)T
sumber
CINTA mohon MAAF
ya pada sesiapa yg CINTA lukai, fahamilah CINTA
hanya manusia biasa, yg TERLUPA orang lain PUN punya rasa,
yg TERLENA pada nikmat dunia yg sementara,
yg MERASA semuanya yg CINTA buat adalah benar belaka.
Dan CINTA pun selalunya SUSAH untuk MEMAAFKAN pada awalnya,
tapi percayalah seperti mana CINTA mahukan KEMAAFAN,
seperti itulah CINTA cuba MEMAAFKAN.
SYG pun CINTA maafkan ;)
huhuhuhu
kesimpulanya, memaafkan itu adalah kuasa kasih sayang kita.
 MEMAAFKAN lah jika SYG ingin jadi seorang yg penyayang.
Manusia tidaklah sempurna, orang yg terbaik pun bisa melakukan kesilapan. TAPI SYG selalu temukan sebuah alasan untuk memaafkan mereka. Kerana maaf adalah kasih sayang SYG kepada mereka.
Jadi maafkan lah CINTA ya SYG (^_^) V.

CINTA si gadis aquarius :)


Friday, January 25, 2013

Cinta PELAT

hai SYG, wazup wazup (^_^)T,
hari nie CINTA nak kongsi dengan SYG tentang,
sbb kenapa CINTA tak suka berkomunikasi,
dan dilabelkan seorang yg sombong dan
TIDAK PERAMAH kecuali dengan mmbe2 rapat.
salah satu penyebabnya adalah sbb,
'CINTA PELAT'
sumber
Pelat adalah salah satu masalah SEBUTAN atau KECELARUAN
pertuturan  iaitu individu yg tidak dapat menyebut sesuatu
perkataan dengan JELAS dan BETUL. Tapi ada juga yg memahami PELAT
dengan maksud yg berlainan dengan mengertikannya sebagai LOGHAT,
 iaitu kelainan dalam sesuatu bahasa yg menjadi ciri
golongan tertentu dalam kalangan penuturan
bahasa tersendiri.

LAGU AKU PELAT
SALAMMUSIK ft ZIONDREAD
Aku Pelat Tak Bisa Berbicara Seperti Kamu,
Lidah Ku Panjang Berpintal-Pintal,
Bicara Ku Melulu Selalu Terburu,
Lidah Ku Tebal Bagai Kepala di Bantal

Aku Pelat
Aku Tahu Lidah Ku di PELAT,
Namun Tetap Ku Lawan Walau Rasanya KELAT,
Aku Pelat
Aku tahu Lidah Ku di PELAT,
Namun Tetap Ku Tawan Walau Jajahannya HEBAT.

sumber
jom SYG selami rasa hati CINTA (^_-)T
saat kebesaran ciptaan TUHAN diperkecikan, CINTA juga menjadi ragu2 sehingga mengeluarkan persoalan seolah2 INSAN tanpa IMAN. 
Bermula dari sekolah rendah SK.
sehingga kini, bukan hanya GURU malah mmbe2 selalu  perlekehkan CINTA yg PELAT untuk menyebut huruf R, Namun ada jugak yg menyatakan ianya adalah  KELEBIHAN untuk orang lain mengigati CINTA,
Namun CINTA akan persoalkannya  "Jika ingat untuk diketawakan
siapa mungkin mahukannya".

SEJARAH CINTA
Tidak mungkin akan CINTA lupakan pada GURU
Bahasa Melayu masa CINTA darjah 3,
 saat awal tahun diminta berdiri untuk membacakan petikan
 "Awak tidak pandai sebut R ke?
Balik nanti rajin-rajin bagi makan ayam......." kemudian diikuti dengan
hilai tawa mmbe2 sekelas, 
tersentap dengan kata-kata GURU, CINTA terus
menundukkan muka ke lantai. Lalu CINTA berfikir adakah
kata-katanya NASIHAT, ARAHAN atau SINDIRAN?.
disbbkan diaglog berkenaan mmbe2 kelas selalu membuat
 ianya menjadi bahan EJEKAN.

Namun mungkin itu, bekalan CINTA sehingga ke hari ini,
lama kelamaan CINTA menjadi LALI dengan semua pertanyaan.
"awak pelat R ke?"
"awak cakap apa?"
"cuba sebut R balik?"
SYG mesti pernah buat mcm tu kan,
tengok TU,,,kan kan,kan
HEHEHE

sumber
CINTA selalu bertanya kepada IBU,
"ibu adakah itu merupakan KELEMAHAN adek?"
Lalu Ibu menjawab dengan SENYUMAN,
"Ibu juga seperti itu dahulunya, tengok ibu dah baik2 jekw sekarang"
Yalah tu CINTA tahu sebenarnya ibu cuma ingin memujuk hati,
CINTA jatuh dengan KELEMAHAN ini, dan menyebabkan CINTA malas untuk
berkomunikasi dan menjejaskan satu-satunya kelebihan
CINTA sebagai  PRESENTER.

namun akhirnya CINTA terpujuk dengan 
kata2 abah ketika dia memberikan pandangannya kepada CINTA,
masa tu kami sama2 tonton cerita Senandung Si Dayang,
"adek nak tahu ibu dulu hitam mcm tulah, tapi abah nak jekw dekat ibu"
CINTA tersenyum LEGA kerana ianya diucapkan oleh seorang LELAKI
yg sangat tampan pada usia mudanya, Apatah lagi abah berketurunan BANJAR, nenek moyangnya terdiri daripada wanita yg cantik, putih dan lelaki yg tampan dan gagah. Namun CINTA lebih kepada jin ibu yg berkulit
hitam manis mengikut keturunan Jawa.

Opsss mcm lari TOPIC pulak dah,
sebenarnya nak bagi bayangan yg PANDANGAN setiap orang adalah berlainan, Mungkin betul PELAT R tu adalah kelebihan dan
bukan kelemahan untuk CINTA.
alah PELAKON Istanbul aku datang,
Lisa Surihani tu pun PELAT R,
ramai jekw peminat.
HEHEHEHE
kesimpulanya,tanpa komunikasi, tidak akan adalah perkongsian rasa hati, Tanpa komunikasi CINTA bertepuk sebelah tangan tidak dapat mengenali kasih sayang dan luv sejati, jadi akan CINTA cuba lawan walau rasanya KELAT, akan CINTA cuba walau jajahannya HEBAT. tapi  CUBA jekw tau, tak janji. huhuhuhu insyaallah AMIN.

CINTA si gadis aquarius :)



Maulid nabi (Maulud) 1434/2013

salam khamis SYG,
selamat menyambut Maulidur Rasul 1434/2013,
hope SYG bersemangat pada hari yg MULIA nie,
Jom CINTA nak citer sikit pasal, Maulud nabi
 yg CINTA peringati ;)
sumber
Maulidur Rasul (arab: kelahiran Rasul) adalah hari
KEPUTERAAN Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah nabi terakhir yg diutuskan oleh Allah s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yg dikenali sebagai Maulid Nabi.
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

WASATIYYAH TONGGAK 
KESATUAN UMMAH
(Tema Kebangsaan)
sumber
Sambutan Maulidul Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun
2013 Masihi yg jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013(hari khamis) adalah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w yg di sambut umat islam SELURUH DUNIA, dengan mengadakan beberapa acara seperti PERARAKAN, CERAMAH & etc.

JOM FAHAMI APA ITU WASATIYYAH (^_^) V
 Menurut Imam Mohamed Baianonie, Istilah arab WASAT membawa kepada tiga MAKSUD, iaitu untuk menjadi SEDERHANA, untuk berada di TENGAH-TENGAH, dan untuk menjadi yg TERBAIK. Oleh itu, apabila Allah s.w.t menggambarkan umat Islam sebagai sebuah negara yg WASAT, Ianya bermakna bahawa kita adalah sederhana, kita adalah umat yg berada di tengah-tengah dan kita berada di negara terbaik. Atawasoot dalam erti kata Islam bermakna bahawa Islam harus cuba yg terbaik untuk menjadi SEDERHANA dalam semua hal ehwalnya, dan dia harus menjauhkan diri dari amalan melampau dan membuat kenyataan yg melampau.
sumber:http://www.dakwah.com.my


hak milik
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KLUANG,
 (Masjid Jamek Kluang)
SYG pergi BERARAK tak?
ke SYG tidur kat bilik jekw buat KUAK LENTANG?
sebenarnya CINTA pun 2 x 5 nak buat KUAK LENTANG tapi setelah
di BLACKWASH dengan ibu cukup2, barulah beransur pergi, CINTA tertanya2 ikhlas ke NIE?, TAPI lepas bersiap pakai baju cantek2 rasa mcm timbul perasaan GEMBIRA sangat,
dengar di speaker TV PERARAKAN di PUTRAJAYA,
makin berkocar-kacir JANTUNG nak pergi,
dup dap dup dap!!!

sampai-sampai jekw MAJLIS dah lama mula,
yalah CINTA datang pun dah pukul 8.30pg,
ramai sangat orang beteraburan!! ada kemah sederet menutupi jalan masuk utama, wah wah wah!!! hebatnya sambutan kali nie,
dalam tengah jalan-jalan ternampak pacuan 4 roda tertulis no
PLAT TMJ,
owhhhhh owhh owhh ruginya CINTA datang lambat,
rupanya Tenku Mahkota Johor mencemar duli ke Kluang
bagi meraikannya bersama-sama rakyat Kluang.
apa lagi konon2 nak carilah TMJ tapi tak LEPAS
 masuk ke Masjid sbb sesak sangat.
duduk jekwlah dengar CERAMAH kat LUAR,
sambil2 TU, berposinglah buat
HAL SENDIRI
huhuhuhu

BUAT ACARA MAULUD SENDIRI (^_-) V
hak milik
 (walaupun tak dapat ambil gambar dengan TMJ, pacuan 4 roda baginda jadilah)


hak milik
 (Sbb ketagih tak dapat berarak, CINTA buat acara MAULUD sendiri, 
LUMBA LARI........sapa lambat kena DENDA )


hak milik
 (walaupun makan nasi minyak biasa, tapi nikmatnya LUAR BIASA sama seperti makan 
Nasi Arab Damsyik, REZEKI yg Allah berikan)


hak milik
(sbb kedaan sesak di pintu masuk Masjid jadi posing kat pintu jekwlah)


hak milik
 (keadaan sepanjang sambutan, tapi CINTA tidak mengikuti 
atur-cara yg dijalanlan satu persatu)

kesimpulanya, buatlah amalan kebaikan walaupun secara TERPAKSA, kerana bermula daripada paksaan baru ianya berbuah hasil KEIKHLASAN, jadi SYG tepuk dada tanyalah IMAN,
CINTA sangatlah bertuah mempunyai ibu yg SANGAT ambil berat dan tidak jemu memberi PERINGATAN walaupun punya anak yg
DEGIL mcm CINTA,
SYG RASUL, SYG IBU.....

CINTA si gadis aquarius :)


Thursday, January 24, 2013

Pendidikan Dijalanan

SYG peace sikit (^_^)V, CLICK CLICK CLICK!!!!!!
chumel sangat SYG hari nie, SENYUM lah sikit,
kali nie CINTA nak kongsi pasal 
'Pendidikan Dijalanan'
gempak jekw bunyi,
kahkahkah
sumber
versi CINTA mengertikan pendidikan dijalanan,
adalah merangkumi proses dan pembelajaran kepakaran KHUSUS, 
serta sesuatu yg tidak dapat dilihat tetapi mendalam 
secara BERKEADAAN BEBAS 
berhijrah pada bila-bila masa dan dimana-mana.
MENURUT bahasa mudahnya suka sangat 
'PINDAH RANDAH'

JOM KENALI SUSAH SENANG PINDAH RANDAH CINTA(^_^)V
ASUHAN & BIMBINGAN KANAK-KANAK
sumber
Pusat Asuhan Tunas Islam Mersing Johor (1993-1994)
slogannya "PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran"
masa nie tak berapa ingat sangat sebab baru berumur 3 ke 4 tahun.
ingat tak ingat pun, mesti CINTA sangat chumel berpakaian seragam 
serba HIJAU PUCUK PISANG,
HEHEHE

sumber
Tabika KEMAS Taman Seri Mersing, Johor (1995-1996)
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menganjurkan program
 taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) dengan
slogannya "Belajar Melalui Bermain"
seingat CINTA setiap kali nak pergi TABIKA mesti kena rotan,
tak suka pergi SEKOLAH, pastu adalah satu hari CINTA
bohong ibu bagi tahu hari tu tak sekolah,
TIBA-TIBA ibu tahu pulak,
dan dan tu dia hantar pi TABIKA padahal ada
15 minit lagi sebelum waktu balik.
DASHYAT kan ibu, GARANG sangat.
CINTA budak DEGIL,
huhuhu

SEKOLAH KEBANGSAAN(SK.)
sumber
Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing, Johor (1997-2001)
 visinya 'Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang'
masuk darjah satu sampai darjah lima jekw,
suka lawan cikgu, Jadi GANGSTER sekolah,
time nie bermusuhan dengan
'BUDAK LELAKI'
sbb budak LELAKI suka ejek CINTA,
susah betul jadi budak yg istimewa,
hehehe

sumber
Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam Kajang, Selangor (2002)
 lupalah pulak slogan or visinya apa,
biasalah duduk setahun jekw,
lagi pun pakcik GOOGLE pun tak ada jawapan,
pengalaman darjah enam dekat sini sangat mencabar,
MENCABAR KEIMANAN,
ada USTAZ hensem sangat,
jadi kegilaan pelajar perempuan,
walaupun sekolah campur, pelajar LELAKI mcm budak-budak,
USTAZ lah lelaki matang dan HERO segalanya,
biasalah budak2 tengah naik nie,
ada lagi yg mencabar, masuk kelas kena BUKAK KASUT,
mcm sekolah TADIKA pulak,
STOKIN jadi hitam legam,
pastu hari-hari BAU stokinlah.
HEHEHE

SEKOLAH AGAMA(SA.)
dekat JOHOR ada SEKOLAH AGAMA,
kalau sekolah kebangsaan pagi, sekolah agamanya pada waktu petang,
kalau petang, jadi pagilah,
selagi tak LULUS darjah tak boleh naik KELAS,
sampai kita habis DARJAH KHAS,
hehehe

sumber
Sekolah Agama Mersing Kanan, Johor (1997-1998)
mula-mula belajar SA. bukan terus naik DARJAH,
CINTA kena lalui kelas FARDU AIN dulu,
jadi dekat SA. nie CINTA belajarlah mengenali agama,
bermula dengan ASAS yg WAJIB dahulu,
nak cerita lebih-lebih pun tak boleh,
sebab tak berapa nak ingat,
huhuhu


sumber
Sekolah Agama Bukit Timbalan, Johor (1999-2001)
belajar dekat sekolah nie CINTA mula dengan darjah satu,
tapi masa tu Sekolah Kebangsaan(SK.) CINTA dalam darjah tiga,
jadi berkawanlah dengan budak-budak daripada SK. yg lain.
pastu masa CINTA naik darjah dua JAKUN sangat,
sbb masa tu dalam kelas CINTA ada abang SEKOLAH menengah,
dah ada MISAI lagi, BERKUMIS2 lah,
yalah CINTA kan baru darjah empat SK,
mula-mula PELIK, rupanya abang tu sampai sekolah menengah tak
dapat naik DARJAH sbb asik GAGAL jekw DARJAH DUA.
CINTA berhenti sekolah SA. masa tamatnya darjah tiga,
sbb kena PINDAH KAJANG,
tapi sampai KAJANG tak sambung SA. pun,
jadi orang cakap 'Belajar Separuh Jalan',
yalah tak habis sampai DARJAH KHAS,
tak dapatlah pakai KAIN KOKO,
HEHEHEHE

SEKOLAH MENENGAH(SMK.)
sumber
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru 
(2003-2007),
nama glamour "SIGS or Sultan Ibrahim Girls' School"
dari mula menengah rendah sampai habis menengah tinggi,
CINTA setia dengan SEKOLAH nie,
TIADA lagi pindah randah sebab CINTA duduk asrama,
dijaga oleh asrama FULL time,
nak jadi glomur seperti SIGS,
CINTA sertai PANCARAGAM,
GLOMUR lah sangat kan,
HEHEHE

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 
AWAM (IPTA)
sumber
Universiti Teknologi Mara Kampus Sri Iskandar, Perak (2008-2010)
slogannya 'UiTM Mengubah Destinasi Anak Bangsa',
pahit getir dan pengorbanan CINTA, yg tidak pernah SIA-SIA,
akhirnya BERJAYA mendapat segulung diploma yg sangat BERHARGA.
pejam celik, pejam celik abis dah BELAJAR,
terima kasih dekat PENSYARAH2 yg
SAIKO sangat,
lagi tinggi pangkatnya lagi SAIKO lah jadinya,
tanpa BELAS KASIHAN pensyarah,
SIAPALAH CINTA.
wakahkah

sumber
Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor (2011-2013)
motonya 'Usaha, Taqwa, Mulia',
dalam usaha untuk abiskan ijazah,
seksanya belajar nie sebenarnya SYG,
rasa mcm dah PUTUS ASA lak,
CINTA jadi budak paling DEGIL dan MALAS,
kan senang kalau dapat kawin ANAK RAJA,
 ANAK MENTERI or ANAK DATUK ke,
tak payah pikir apa-apa,
duduk rumah jaga ANAK jekw,
HEHEHE

mudahnya hidupkan kalau mcm TU,
jadi sbb segala ANAK tu tak ada yg datang MEMINANG CINTA,
maka kenalah CINTA berjaga drpd mimpi yg SIA-SIA,
insyaallah kalau REZEKI CINTA, tamat dan habislah BELAJAR,
ikut masa, jadi SYG SYG SYG,
tolonglah DOA kan CINTA ya,
HUHUHU

kesimpulanya, pendidikan dijalanan adalah satu pengalaman
yg HEBAT bagi CINTA, tapi sayang sekali CINTA tidak
mengunakannya sebaik mungkin, sebab tahap pegaulann yg amat rendah membuatkan CINTA tiada kawan yg dapat dihubung, diibaratkan bersekolah dengan 'BATU KAYU' tiada siapa2 kawan yg CINTA ingati, jadi SYG siapa2 yg rasa KENALI CINTA, silalah hantar profile SYG kepada CINTA, "tak ingat dekat orang ada hati nak orang ingat CINTA"
apa2 pun SYG, CINTA tunggu.

CINTA si gadis aquarius :)


Kek Angan-Angan SULTAN

salam 1 Malaysia, apa khabar SYG?
hope SYG sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera, AMIN.
jom nak cerita sikit pengalaman CINTA dengan
'KESULTANAN JOHOR'


sumber: http:///theadmirehunkz.blogspot.com/
Almarhum DYMM Sultan Iskandar bersama cucunda kesayangan DYAM Tunku Mahkota  Johor Darul Takzim Tunku Ismail Ibrahim sewaktu hari Pemasyuran cucunda baginda sebagai Raja Muda Johor dan dianugerahkan dengan Darjah Kerabat Johor pangat Kedua pada 8 april 2006
Opsss!!bukan apa yg SYG pikirkanlah,
CINTA tak ada pun sewaktu hari Pemasyuran tu,
cuma nak berikan gambaran pada SYG yg belum mengenali
insan penting yg CINTA ingin ceritakan nanti.

Hari Memperingati Kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Iskandar.
(JANUARI 22, 2010)
AL-FATIHAH
Sultan Iskandar mangkat pada tanggal 22 Januari 2010,
Jumaat 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas
dimasukan ke hospital kerana GERING.
Kemangkatan Baginda diumumkan Menteri Besar Johor,
Dato' Abdul Ghani Othman.

Almarhum diputerakan di Istana Semayam,Johor Bahru
 pada 8 April 1932, dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat pada 11 Mei 1981. Baginda pernah ditabalkan sebagai Yang di Pertua
Agong kelapan pada 25 November 1984.

Ketika hayatnya, baginda adalah seorang sultan
yg sangat disenangi, tegas dan sanggup MENGETEPIKAN
PROTOKOL istana untuk bersama-sama rakyat jelata dan meninjau kehidupan mereka.
sumber: http://kesultananjohor.blogspot.com

JAMUAN TEH SEMPENA HARI KEPUTERAAN 
DYMM SULTAN JOHOR APRIL 2006. 
 (Almarhum Sultan Iskandar)
apa kisahnya dengan 'KESULTANAN JOHOR'
golongan KERABAT tuuuu, bukan senang nak ada kaitan TAU,
jadi bermulalah cerita CINTA,
CINTA dijemput bersama-sama ke jamuan TEH sempena
hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.
wah wah wah!!DIJEMPUT tu,
SYG ada ke?
wakahkah

hak milik
selepas Hari Pemasyuran Raja Muda Johor,
DYMM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim
semperna Hari Keputeraan Almarhum Sultan Iskandar,
CINTA dijemput membuat persembahan
PANCARAGAM,
kiranya jadi penghibur lara SULTAN lah waktu tu,
TERUJA sangat sewaktu dipilih menjadi sebahagian ahli
untuk membuat persembahan,
gembira sesangat.

sumber
wah wah wah,
berhadapan dengan KERABAT DIRAJA tau,
orang cakap untunglah FACE TO FACE,
bukan tu jekw, ada jugak KELIHATAN kemah yg penuh sarat dengan deretan KEK SULTAN yg kelihatan sangat colourful,
ada yg BESAR, ada yg TINGGI,
mcm2 lah seperti cth gambar kat atas tu.
dalam masa tengah buat persembahan bersungguh2,
sempatlah jugak berangan-angan,
kalaulah dapat makan KEK SULTAN tu kan BEST,
KEK ANGAN-ANGAN SULTAN,
tapi tu semua bermula HANYA dengan
KALAULAH!!!!

hak milik 10 april 2006
dalam sibuk 'KALAULAH, kalau nanti' Tuuu,
tup tup tup!!! keesokan harinya, sampai jekw SEKOLAH
terdengar yg SULTAN mencemar duli memberikan KEK KEPUTERAAN
baginda kepada ahli-ahli yg membuat persembahan untuk baginda sewaktu
JAMUAN TEH semalam, wah wah wah baik tak Armarhum SULTAN CINTA?
sangup bersama-sama rakyat jelata dan sentiasa
mengambil berat tentang rakyat baginda. tulah sebabnya
baginda sentiasa disenangi.

LEPAS tu apa lagi,
owhhh ANGAN-ANGAN ku jadi kenyataanlah,
jadi dapatlah CINTA makan KEK yg diingin dan dimimpikan tu,
REZEKI tuhan yg berikan, jika tu REZEKI kita mustahil mcm
mana pun, dengan KASIH SYG ALLAH tiada
yg mustahil SYG.

kesimpulanya, jasa dan kebaikan Almarhum Sultan yg telah dicurahkan kepada rakyat akan sentiasa dihargai dan akan dikenang. Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh, insyaallah, AMIN.

CINTA si gadis aquarius :)



Wednesday, January 23, 2013

Rain or Shine the Band Still Stand

salam SYG!!!!
teringat pengalaman lalu,
jom CINTA nak CERITA sikit apa MIRACLE BAND
bagi CINTA ;)

hak milik
 BAND merupakan satu kumpulan muzik yang
bertujuan untuk membuat persembahan hiburan atau pun
pertandingan tertentu, Ianya termasuklah MARCHING BAND dan ORCHESTRA BAND,
 yake?hahaha dah lupa pulak. emmm bahasa mudahnya,
ianya adalah kelab pakaian seragam yg dikenali
PANCARAGAM SEKOLAH,
HEHEHE

SIAPA CINTA (^_^)V
sumber 
CLARINETIST adalah kumpulan muzik yg CINTA sertai,
mcm alat muzik kat atas TU,
tapi masa kat sekolah tak adalah colourful mcm tu.
 just colour hitam jekw.

CLARINET adalah alat muzik melodi yg merupakan
 alat muzik TIUP yg dipopularkan oleh Theobald Boem Clarinet 
dengan nada2 tingginya yg nyaring namun agak lembut 
digunakan dalam muzik okestra.


hak milik
cantek tak uniform tu SYG??
masa CINTA dulu nielah pakaian seragam yg selalunya disarung
oleh BAND GURLZ bagi persembahan ORCHESTRA,
nampak AYU jekw semuakan,
biasalah sekolah GURLZ
kena chumel2 :)
wakahkah


hak milik
bila tiba time MARCHING BAND pulak,
nielah pakaian seragamnya,
SEKSI kan mcm COWBOY GURLZ dah.
paling seksa pakai uniform nielah,
TUHAN jekw tahu :(

PERKARA YG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

hak milik
untuk menjadi seorang yg DISIPLIN,
 lazimnya ia perlulah didisiplinkan,
'AKU JANJI' yg dibuat adalah setiap ahli pancaragam
dapat memainkan alat muzik dengan baik dan mahir serta
dapat membuat persembahan yg BERKUALITI,
dan memerlukan latihan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu iaitu pada hari SABTU 8am -12pm, SELASA & KHAMIS 2.30pm-5.30pm.

dan CINTA jugak perlulah mentaati peraturan2

pancaragam yg termaktub yg SULIT untuk di CERITA kan.
di situ bermulalah saat2 yg mencabar fizikal & mental,
siapa yg cukup KUAT sahaja mampu BERTAHAN.
HEHEHE

SENIOR RAGING!!!BULI!!!

 benda tu perkara biasa jekw time CINTA dulu,
sebenarnya ikut nasiblah jugak,
boleh dikategorikan kepada dua bahagian,
PERTAMA
"green light raging & buli" iaitu ianya
bersembunyi disebalik kata-kata HUKUMAN di atas KESALAHAN
 tidak menghafal lagu, gagal menepati waktu, GAGAL dalam peperiksan akademik, melangar peraturan yg ditetapkan & etc,

TOP 5 jenis HUKUMAN:

1) kawat kaki ikut rentak pukulan bass drum drpd senior
(ikut suka SENIOR lah nak berapa puluh kali dengan kelajuannya)
2) jalan itik sambil junjung alat muzik masing-masing
(siapa paling berat nasib badanlah, CINTA punya chumel jekw)
3) lari keliling padang sekolah (ikut suka SENIOR lah nak berapa kali pun)
4) tekan tubi (ikut SENIOR lah nak buat cara WANITA or
LELAKI punya berapa kali pun)
5) SENIOR jadikan JUNIOR TRANSPARENT
(pulaukan JUNIOR,hukuman EMOSI)

KEDUA

"raging & buli atas nama SENIOR" iaitu ianya adalah
disebabkan dia adalah SENIOR, jadi orang lain tak boleh nak cakap apa2,
JUNIOR yg tak puas hati boleh berdiam jekw sbb dikuatiri masalah akan
berbalik semula sbb SENIOR sentiasa ada.
tak nak berpanjangan DIAM jekw.
(selalu terjadi di asrama)

TOP 5 jenis HUKUMAN:

1) belikan makanan & minuman pada waktu REHAT
(kadang2 tak bayar balik pun DUIT, namun HALAL kan)
2) sebelum persembahan kena siapkan UNIFORM seperti polish boots, iron baju & etc (SENIOR ambil kesempatanlah, RUGI jekw tak ambil peluang tumpang sekali)
3) kena jadi BONEKA (sketsa, berlakon atau buat
apa-apa persembahanlah yg SENIOR suka)
4)jadi tukang TEMAN (senior pun penakut TAU hahaha, nak pi TANDAS,
BASUH BAJU, apa2 jekwlah)
5) jd tukang SERVE makanan (SENIOR order jekw nak apa,
cth; kalau ayam tu nak bahagian apa)

SO APA KOMEN SYG? 

ingat balik BEST sebenarnya TAU,
rindu sangat dekat SENIOR2,
kelebihan jadi budak band bila time kat asrama,
SENIOR BAND jekw ada KUASA nak
raging & buli kita orang, SENIOR asrama lain tak boleh buat mcm tu,
kiranya kena MANJAKAN jugak lah,
CINTA rindu SENIOR,
HEHEHE
kesimpulanya, pengalaman jadi pengajaran CINTA,
pernah merasa tak nak JUNIOR CINTA merasa sama,
jadi CINTA tak balas dendam semula dekat JUNIOR.
ehhh boleh percaya ke??wakakahhh
TAPI apa yg dilihat kini band sekolah CINTA terlalu banyak perubahan,
PERATURAN tak adalah skema mcm DULU, kira longgalah jugak.
tengok diorang enjoy jekw. Jangan tension bermain muzik ya SYG,
enjoy enjoy n enjoy, barulah berkualiti.

CINTA si gadis aquarius :)