Aquarius

Wednesday, July 10, 2013

Let's Travel Together: PAKEJ PERCUTIAN KE KOREA UNTUK MUSIM AUTUMN/ WINTE...

Let's Travel Together: PAKEJ PERCUTIAN KE KOREA UNTUK MUSIM AUTUMN/ WINTE...: Pakej ke Korea Selatan kini kembali!! Pakej yang disediakan adalah 6 hari 5 malam yang hanya berharga RM1700 termasuk penginapan, makan, pe...

Monday, February 11, 2013

ULAR & KUDA di Chinese New Year

wazUP wazUp!!! salam rindu, SYG!!!
(^_________^)T
lama dah CINTA tak update blog,
sbb seminggu lepas CINTA cuba2 cari pendapatan sendiri,
nak berdiri atas kaki sendirilah kononnya,
TAPI tak terdaya sbb letih sangat.
Jadi akhirnya pulang ke saranglah.
kali nie CINTA bukan nak cerita pasal pengalaman kerja 
tapi nak CERITA dulu pasal 
Chinese New Year. 
sumber
Mitos menceritakan yg bermula 
ribuan tahun dahulu, 
terdapat seekor mahluk ganas yg bernama 'Nian'
 membuat huru-hara di Tanah Besar China. 
Manusia hidup dalam ketakutan & kesengsaraan. 
Namun akhirnya mereka dapat menewaskan mahluk itu 
dengan melempar reben merah ke udara, meletupkan mercun
 dan membakar bunga api siang & 
malam bagi MENAKUT-NAKUT kannya.

Perayaan Tahun Baru China adalah permulaan tahun baru 
bagi kalender masyarakat Cina. Ianya melambangkan permulaan 
dalam nasib kehidupan. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung,
 mercun dan pakaian 'cheongsam', ia menjadi simbol 
kemeriahan masyarakat Cina. Lima belas hari selepas perayaan 
Tahun Baru Cina, ianya ditamatkan pula dengan perayaan 
Chap Goh Mei.
sumber: http://pmr.penerangan.gov.my

2013 merupakan zodiak ULAR
sumber
Ular (ialah binatang haiwan yg keenam dalam
kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Binatang ULAR dilambangkan oleh dahan duniawi Meskipun tahun 1990 ialah TAHUN KUDA,
namun sesiapa yg lahir antara 1 sehingga 26 Januari 1990 sebenarnya lahir
 pada TAHUN ULAR (mengikut binatang tahun sebelumnya), kerana Tahun Kuda 1990 hanya bermula pada 27 Januari 1990.
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Astrologi_Cina
Chinese New Year bagi CINTA ^_-v
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Astrologi_Cina
(Jadual kalender 60 tahun yang dipadankan dengan kalender Barat)

Ibu suka tukar tarikh bufday CINTA.
 bunda cakap pada tahun 1990 dia lahirkan CINTA masa malam
Chinese New Year. Jadi setiap kali malam Chine New Year
 mesti dia ingat sakitnya CINTA nak lahir ke DUNIA.
jadi bunda selalu wish 'HAPPY BUFDAY ADIK'
setiap kali malam Tahun Baru Cina.
Jadi setiap kali Chinese New Year
adalah ulang tahun kelahir CINTA bagi bunda,
CINTA anak paling bertuahkan,
sbb ada dua kali BUFDAY setiap tahun.
terima kasih bunda,
 LOVE U.

Chef Chinese New Year(^_- )T
sumber
jom nak bawak SYG ke dapur CINTA,
resepi hari nie adalah 
'MILIDI Lime Prego Sauce'
gempakkan namanya tapi sebenarnya 
'resepinya pakai campak jekw'
mudah & cepat bagi SYG2 yg memang
 MALAS seperti CINTA.

BAHAN2 UTAMA;-
sumber
MILIDI yg berharga RM1 sebungkus.

sumber
Prego Traditional Sauce yg berharga 11++++ sebotol 
(tak pastilah harganya)

sumber
sebiji limau Tahun Baru Cina yg berkotak2 dekat dapur
(free jekw sbb hadiah tahun baru)

BAHAN2 PENYEDAP RASA;-
sebiji bawang merah*
seulas bawang putih*
3 biji cili padi hijau*
secubit ikan bilis/udang kering*
garam secukup rasa

(*bahan dikisar halus)
bahan2 tambahan lain seperti
sayur campur, cendawan, daging kisar,
seafood & sebagainya ikut selera
anak tekak masing2 bolehlah
dicampak sekali jika
ada kat dapur tu.

CARA2NYA;-
*MEREBUS: rebus MILIDI dalam air panas sehingga masak.
 (tak pasti pulak berapa lama, cuba jayalah tengok sampai MILIDI tu lentuk lembut)
*MENUMIS: tumis bahan2 kisar tadi sehingga naik bau.
*MENDIDIHKAN:selepas bahan tumisan naik bau, tuang tradisional prego sauce sebotol, pastu masuklah bahan2 tambahan yg teringin nak dimasukkan sekali, tunggu sampai
bahan2 masak & mendidih.
*MENGHIDANGKAN: kupas kulit LIMAU Tahun Baru tu, 
dan hidang bersama2 MILIDI &
prego sauce yg dah siap dimasak. 

TADADA 
'MILIDI Lime Prego Sauce' 
SIAP!!!!
hak milik
(sedikit TIPS semasa makan, kunyahlah limau bersama MILIDI sbb 
akan mendatangkan rasa yg seimbang masam masam manis.
 sedap sangat silalah CUBA.)

RESEPI hari nie adalah bagi memanfaatkan
LIMAU yg berkotak di DAPUR.  HARAP2 tiada pembaziran
^_-V hehehehe 
kesimpulanya,semoga Allah memurahkan lagi
REZEKI CINTA dan SYG2 sekeluarga pada
Tahun Baru Cina ini. Limau-limau mandrin yg dipanggil 'kam' dalam bahasa Kantonis yg memberi maksud 'EMAS'. kerana warna keemasannya melambangkan limpahan kekayaan. REZEKI daripada Allah,
kita janganlah malu untuk meminta.
insyaallah amin

CINTA si gadis aquarius :)


Wednesday, January 30, 2013

Petik Gitar Kapok! BOLEH ke?

wazup waZUP SYG (^_^)V,
Fuh Fuh fuhhh, LETIH sebenarnya CINTA dua hari nie,
lepas meningkat umur nak jugak cuba benda lain
dari yg lain tahun nie, saja jekw nak CUBA JAYA petik, petik gitar.
alah gitar KAPOK jekw pun, ingat tak susah mana,
rupanya,
'Susah Gila SYG oiii'
sumber
Gitar Tu Apa Benda?
CINTA pun tak tahu nak jawab sebenarnya,
jadi CINTA buat rumusan jekwlah lepas tanya pakcik GOOGLE,
kalau salah SYG BETULKAN lah ya ;)
kongsi sikit ilmu buleh la KOT...

GITAR nie adalah salah satu alat muzik bertali
yg mempunyai badan seperti BIOLA. Ianya terdiri daripada
satu batang LEHER yg panjang dan terdapat
ruas-ruas yg dipanggil "FRET", Kebiasaannyanya juga terdapat enam tali yg boleh dimainkan dgn memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun PLETRUM (pemetik gitar).
Namun terdapat jugak gitar dengan empat,
tujuh, lapan dan dua belas tali.
sumber
mula-mula nak CUBA JAYA nie,
 mestilah ada GITAR kan, jadi caranya KIDNAP gitar adik CINTA
waktu dia BALIK ASRAMA, pastu nak belajar tanpa CIKGU kenalah cari INISIATIF sendiri, iaitu daya usaha dan gerak pertama untuk memetik gitar, dan mangsanya pastilah YOUTUBE.
jadi abang RIP TARD lah bahan rujukan CINTA.

video
(Guitar Lesson  Learn THE 4 Chords - YouTube)  

APA yg Perlu Tahu?
Pertama adalah "FRET" gitar.
bagi mengeluarkan bunyi mengikut kord, tali strings perluhlah ditekan
di ruas-ruas yg terdapat di LEHER gitar yg panjang
dan dikenali sebagai "FRET".

Kedua adalah PENJARIAN.
jari tangan kiri SYG adalah untuk menekan TALI STRINGS,
Nombor Jari Tangan Kiri ;-
Jari Telunjuk (INDEX) = 1
Jari Tengah (MIDLE) = 2
Jari Manis (FAKE) = 3

manakala jari tangan kanan SYG pula adalah untuk memetik tali strings
 bagi menghasilkan STRUMMING PATTERNS,
cth: down down up down
'DDUD'

Ketiga adalah "6 STRINGS" gitar.
Bottom String 1 = high E ( tali nipis, yang paling dekat dengan tanah)
String 2 = B
String 3 = G
String 4 = D
String  5 = A
Top String 6 = low E  ( tali tebal, paling dekat dengan siling)
tuntasnya, nak tahu lebih lanjut silalah tengok video
Rip TARD tu okay. (^_-)V

TIADA BENDA YG MUDAH (-_-)T
sumber
kan best kalau ada yg PELAWA
"JOM CINTA, SYG AJARKAN GITAR"
wah wah wah mimpi siang hari lagi,
situasi nie teringat cerita 'We Got Married YongSeo',
romantik sangat Yonghwa CNBlue ajar Seohyun SNSD main gitar,
kan seronok kalau ada CIKGU yg boleh ajar.
Lagi2 dapat abang2 HENSEM,
kuh kuh kuh GATAL dah nie.
Astaghfirullah- al'azim,
salah niat (-_-)~

Jujur cakap bukan mudah
nak main GITAR nie, Lagi2 tanpa CIKGU,
abislah HENTAM KROMO jekw, asal ada BUNYI, walaupun sumbang mambang,
lepas tengok video RIP TARD, CINTA bolehlah main 4 kord
TAPI tak ada bunyi lagi, rthym lagu tak sampai2,
tak boleh nak gabungkan petikan
STRUMMING  sambil tukar-tukar tekan
tali STRINGS, LAMPI mcm CINTA
memang mcm TU, lambat pikap sikit,
 tak tahulah kalau yg GENIUS
mcm SYG, dengar jekw
dah boleh main.

Jangan Marah KIDNAP Gitar (^_-)V
hak milik
Sbb nak mencuba jadi mangsanya
gitar adiklah, saja jekw KIDNAP kejap sementara
adik CINTA balik asrama, gitar KAPOK jekw pun,
takkan marah KOT!!! kah kah kah
tapi nak megadu kat SYG,
sakit gila jari-jemari CINTA nie,
tak tahulah sbb gitar KAPOK jekw atau
 balasan ambil TANPA IZIN,
mederita jari nie SYG oiii,
tu yg tak menari sakan jari nie tulis blog.
mcm kura-kura dah CINTA
tekan keyboard lappy, bisa bukan main,
yalah JARI tak pernah buat kerja berat,
MASAK pun sekali-sekala,
MENYAPU RUMAH jauh sekali,
ini pulak TIBA-TIBA nak tekan TALI TANGSI,
mcm manalah si pemetik gitar main beribu lagu,
KEBAL agaknya jari dorang tu.
LEPAS nie tak tahulah nak
teruskan atau pun PUTUS ASA????
kah kah kah

kesimpulanya, Janganlah SYG takut untuk bermimpi
mencapai langit serta lakukan lah sesuatu yg SYG ingin
lakukan kerana HIDUP hanya sekali, apa yg dimimpikan perlu
dilaksanakan walaupun ianya kadang-kadang MUSTAHIL
pada pandangan orang lain, tapi percayalah SYG dengan KASEH
Sayang allah tiada yg mustahil. mereka perlu
terus lihat dan mendengar
KERANA,
sumber
CINTA si gadis aquarius :)


Sunday, January 27, 2013

Birthday Surprise Si Aquarius

HELLO HELLO HELLO!!! (^_________^)T
tengok tu SYG, kalau boleh CINTA nak
senyum sampai ke telinga,
hari nie paling bermakna buat CINTA si Gadis Aquarius,
yalah skunk kan waktunya zodiak sedang
melambangkan gelombang alur air.

Birthday Surprise (^_- )T
sumber
Birthday adalah hari apabila 
seseorang meraikan ulang tahun 
kelahiran beliau. Ulang tahun diraikan dalam banyak budaya mengikut 
agama mereka seperti parti bersama rakan, jamuan doa selamat & etc. 
Sambutan hari lahir biasanya dianggap menandakan 
berapa lama seseorang itu hidup 
sebelum kematian berlaku. 

Birthday Surprise 
adalah sambutan meraikan ulang tahun 
yg tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada yg diraikan. Mereka cuba 
menyembunyikan diri daripada pandangan dan berpura-pura tidak mengetahui apa2 yg akan berlaku.
 Namun bergitu, apabila kedaan yg dinantikan tiba mereka melompat 
dari persembunyiaan dan menjerit "SURPRISE". Untuk beberapa jamuan
 keraian seperti hari kelahiran, Surprise party dianggap sebagai 
taktik yg baik untuk kejutan kepada yg diraikan.

Dibuai Dunia Sendiri (-_-)"
sumber
sbb tak sedap badan CINTA
pengsan sepetang, biasalah Gadis Aquariuskan
  'EMOSI TAK TENTERAM',
ada BULAN ke tak ada bulan ke sama jek, jadi seharianlah KENING bercantum, dan MUNCUNG itik tu datang lagi. Emosi EGOIS mcm tu ingat ada yg BERANI nak tegur ke? jadi CINTA hanya melayan EMOSI sendiri dan terpisah dengan dunia LUAR,
tak ambil tahu pun apa2 yg terjadi,
sampailah waktu MAGRIB,
bangun untuk MEMBERSIH kan diri.
masih melayan EMOSI sendiri,
dan tidak mengendahkan walau
seimbas bayangan.
lepas tu LEPAK lah bersama keluarga depan TV.

sumber
masih segar dengan Salam Maulidur Rasul,
TV3 memaparkan Telimovie Sempena Smbutan Maulud Nabi,
yg bertajuk ANAK SAMPAH,
sinopnya mengisahkan pelakon popular Maryani yg telah mengandung
anak luar nikah, dan keluarganya Datuk Roslan Ahmad telah
membuang anak luar nikah demi menjaga maruah mereka tanpa
pengetahuan Maryani dan mereka cerita tentang kematian anaknya,
namun bergitu tanpa pengetahuan mereka anaknya
telah dijaga oleh pemandu mereka sendiri.
Suffian yg telah dibuang itu, membesar dengan
dendam kepada ibunya Maryani,

tanpa mengetahui kisah sebenar, dia cuba
mendekati keluarga Maryani 
dengan mendekati adek tirinya Alia. sewaktu persiapan pertunangan 
dengan Aliah telah siap disediakan, Suffian membatalkan
 niat untuk meneruskan dendamnya setelah mengetahui kisah 
sebenar. baginya IBU kandungnya adalah wanita yg baik 
dan tidak bersalah kepadanya. 
Suffian meninggalkan KELUARGA MARYANI dengan sepucuk 
surat yg menceritakan segala niat jahatnya.
namun bergitu Maryani tetap 
mencari Suffian kerana terlalu rindukan anaknya itu. akhirnya Aliah perlu
 melupakan niatnya untuk bertunang dengan Suffian kerana 
mereka merupakan adik-beradik sama ibu. 
Tamat dengan mereka semua 
kembali bersama :)

SEDIH 
sangat endingnya,
CINTA pun menangis,
belum sempat layan EMOSI,
TIBA-Tiba....
"Surprise"
hak milik 27 Januari 2013
('Brithday Surprise' sempoi jekw pakai baju tido, tak sedar pun semua dah sediakan KEK, sbb diorang semua jadi PELAKON TAMBAHAN berlakon fokus tonton telimovie Anak Sampah tu. CINTA tak perasan pun. huhuhu) 

CINTA Sangat Merhargainya(^_^)V
hak milik
(cak cak cak, buka-buka hadiah ada KATAK, colour HIJAU pulak tu, SYG nak tahu, Prof CINTA cakap HIJAU tu warna Syurga, 
jadi my sister tahu apa yg CINTA suka, CINTA suka colour HIJAU )

alhamdulillah bersyukur CINTA 
kehadrat Ilahi, meningkat lagi umur CINTA menjadi 23 tahun. 
Allah masih memberi peluang CINTA menerokai nikmat yg diberikanNya. 
Semoga CINTA diberikan kesihatan dan kebahagian bersama family. 
Terima Kasih tidak terhingga kepada family yg tidak putus2 
mendoakan kebahagian CINTA. Juga Thank You So Much SYG 
semua yg wish bufday CINTA. walaupun jauh beribu batu, 
wish SYG semua membuatkan hati kecil TERSENTUH HEBAT.
 semoga allah memberikan kesihatan selalu kepada family 
dan SYG semua agar dapat menjalankan
 tanggunjawab dengan sempurna :)


kesimpulanya,belajarlah menghargai apa yg SYG ada,
sebelum ianya tiada. Jangan selalu mengeluh, kerana keluhan hanya
akan memusnahkan sebuah harapan. Jangan sesekali SYG terlalu
mengharapkan kepada insan lain mengigati Ulang Tahun SYG,
 kerana selagi ianya bergelar insan, ia adalah lemah. Jadi
serahkanlah segala HARAPAN, usaha dan
doa pada Allah yg satu. (^_^) V

CINTA si gadis aquarius :)





Saturday, January 26, 2013

Suara Hati Maafkan Lah

SYG kat mana? (-_-"),
hari nie CINTA sedih, terjadinya pergaduhan tadi,
sebenarnya taklah bergaduh mana pun, cuma terjadinya PENINGKATAN
nada suara yg tidak sepatutnya, jadi menyebabkan keadaan yg membuatkan pihak kedua TERASA HATI,
lazimnya sebelum CAKAP tak sempat nak BERFIKIR sbb kata2 dan suara TU jalan dulu sebelum ianya ditapis. nak buat mcm mana,
TERLAJAK PERAHU bolehlah nak undur,
TERLAJAK KATA binasalah badan.
jadi hanya satu penyelesaiannya,
Suara Hati MAAFKAN LAH!
sumber
KEMAAFAN or PENGAMPUNAN
adalah penolakan atau pemberhentiaan KEBENCIAN, KEMARAHAN yg 
disebabkan kesalahan, perselisihan atau kesilapan seseorang. KUASA MEMAAFKAN adalah sesuatu yg hanya boleh berlaku dengan adanya sifat kasih sayang. Keupayaan untuk membalas kejahatan dengan 
kebaikan adalah MEMAAFKAN.
sumber:http:///www.facebook.com/arif.ainuddin

".......dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. 
Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mangampunimu? Dan Allah 
Maha Pengampun, Maha Penyayang," (QS.An Nuur, 24:22)

sumber
KATA MAAF pula adalah pembebasan
seseorang daripada hukuman disebabkan kesalahan, perselisihan atau kesilapan yg telah dilakukan. Ia juga merupakan satu ungkapan permintaan ampun atau penyesalan setelah berupaya melepaskan sikap sombong dan EGOIS diri sendiri. EGOIS adalah sifat kepada orang yg tidak mempedulikan kepentingan orang lain, yg hanya memikirkan
kepentingannya sendiri.

dari Haritsah bin Wahab r.a bahawa ia mendegar
 Rasulullah s.a.w bersabda, "Senangkah kalian jika aku beritahukan 
tentang ahli surga? Ia (ahli surga itu), setiap orang yg lemah dan memandang diri (sendiri) lemah, yg  jika bersumpah kepada Allah pasti dikabulkan. Dan sukakah kalian aku beritahukan tentang ahli neraka?Ia (ahli neraka itu) adalah setiap orang yg 
KASAR, TIDAK SABAR, dan BONGKAK lagi SOMBONG."
(Bukhari dan Muslim)
sumber: http://apandin.wordpress.com/

Dengarlah SYG suara hati CINTA (-_-)T
sumber
CINTA mohon MAAF
ya pada sesiapa yg CINTA lukai, fahamilah CINTA
hanya manusia biasa, yg TERLUPA orang lain PUN punya rasa,
yg TERLENA pada nikmat dunia yg sementara,
yg MERASA semuanya yg CINTA buat adalah benar belaka.
Dan CINTA pun selalunya SUSAH untuk MEMAAFKAN pada awalnya,
tapi percayalah seperti mana CINTA mahukan KEMAAFAN,
seperti itulah CINTA cuba MEMAAFKAN.
SYG pun CINTA maafkan ;)
huhuhuhu
kesimpulanya, memaafkan itu adalah kuasa kasih sayang kita.
 MEMAAFKAN lah jika SYG ingin jadi seorang yg penyayang.
Manusia tidaklah sempurna, orang yg terbaik pun bisa melakukan kesilapan. TAPI SYG selalu temukan sebuah alasan untuk memaafkan mereka. Kerana maaf adalah kasih sayang SYG kepada mereka.
Jadi maafkan lah CINTA ya SYG (^_^) V.

CINTA si gadis aquarius :)


Friday, January 25, 2013

Cinta PELAT

hai SYG, wazup wazup (^_^)T,
hari nie CINTA nak kongsi dengan SYG tentang,
sbb kenapa CINTA tak suka berkomunikasi,
dan dilabelkan seorang yg sombong dan
TIDAK PERAMAH kecuali dengan mmbe2 rapat.
salah satu penyebabnya adalah sbb,
'CINTA PELAT'
sumber
Pelat adalah salah satu masalah SEBUTAN atau KECELARUAN
pertuturan  iaitu individu yg tidak dapat menyebut sesuatu
perkataan dengan JELAS dan BETUL. Tapi ada juga yg memahami PELAT
dengan maksud yg berlainan dengan mengertikannya sebagai LOGHAT,
 iaitu kelainan dalam sesuatu bahasa yg menjadi ciri
golongan tertentu dalam kalangan penuturan
bahasa tersendiri.

video
LAGU AKU PELAT
SALAMMUSIK ft ZIONDREAD
Aku Pelat Tak Bisa Berbicara Seperti Kamu,
Lidah Ku Panjang Berpintal-Pintal,
Bicara Ku Melulu Selalu Terburu,
Lidah Ku Tebal Bagai Kepala di Bantal

Aku Pelat
Aku Tahu Lidah Ku di PELAT,
Namun Tetap Ku Lawan Walau Rasanya KELAT,
Aku Pelat
Aku tahu Lidah Ku di PELAT,
Namun Tetap Ku Tawan Walau Jajahannya HEBAT.

sumber
jom SYG selami rasa hati CINTA (^_-)T
saat kebesaran ciptaan TUHAN diperkecikan, CINTA juga menjadi ragu2 sehingga mengeluarkan persoalan seolah2 INSAN tanpa IMAN. 
Bermula dari sekolah rendah SK.
sehingga kini, bukan hanya GURU malah mmbe2 selalu  perlekehkan CINTA yg PELAT untuk menyebut huruf R, Namun ada jugak yg menyatakan ianya adalah  KELEBIHAN untuk orang lain mengigati CINTA,
Namun CINTA akan persoalkannya  "Jika ingat untuk diketawakan
siapa mungkin mahukannya".

SEJARAH CINTA
Tidak mungkin akan CINTA lupakan pada GURU
Bahasa Melayu masa CINTA darjah 3,
 saat awal tahun diminta berdiri untuk membacakan petikan
 "Awak tidak pandai sebut R ke?
Balik nanti rajin-rajin bagi makan ayam......." kemudian diikuti dengan
hilai tawa mmbe2 sekelas, 
tersentap dengan kata-kata GURU, CINTA terus
menundukkan muka ke lantai. Lalu CINTA berfikir adakah
kata-katanya NASIHAT, ARAHAN atau SINDIRAN?.
disbbkan diaglog berkenaan mmbe2 kelas selalu membuat
 ianya menjadi bahan EJEKAN.

Namun mungkin itu, bekalan CINTA sehingga ke hari ini,
lama kelamaan CINTA menjadi LALI dengan semua pertanyaan.
"awak pelat R ke?"
"awak cakap apa?"
"cuba sebut R balik?"
SYG mesti pernah buat mcm tu kan,
tengok TU,,,kan kan,kan
HEHEHE

sumber
CINTA selalu bertanya kepada IBU,
"ibu adakah itu merupakan KELEMAHAN adek?"
Lalu Ibu menjawab dengan SENYUMAN,
"Ibu juga seperti itu dahulunya, tengok ibu dah baik2 jekw sekarang"
Yalah tu CINTA tahu sebenarnya ibu cuma ingin memujuk hati,
CINTA jatuh dengan KELEMAHAN ini, dan menyebabkan CINTA malas untuk
berkomunikasi dan menjejaskan satu-satunya kelebihan
CINTA sebagai  PRESENTER.

namun akhirnya CINTA terpujuk dengan 
kata2 abah ketika dia memberikan pandangannya kepada CINTA,
masa tu kami sama2 tonton cerita Senandung Si Dayang,
"adek nak tahu ibu dulu hitam mcm tulah, tapi abah nak jekw dekat ibu"
CINTA tersenyum LEGA kerana ianya diucapkan oleh seorang LELAKI
yg sangat tampan pada usia mudanya, Apatah lagi abah berketurunan BANJAR, nenek moyangnya terdiri daripada wanita yg cantik, putih dan lelaki yg tampan dan gagah. Namun CINTA lebih kepada jin ibu yg berkulit
hitam manis mengikut keturunan Jawa.

Opsss mcm lari TOPIC pulak dah,
sebenarnya nak bagi bayangan yg PANDANGAN setiap orang adalah berlainan, Mungkin betul PELAT R tu adalah kelebihan dan
bukan kelemahan untuk CINTA.
alah PELAKON Istanbul aku datang,
Lisa Surihani tu pun PELAT R,
ramai jekw peminat.
HEHEHEHE
kesimpulanya,tanpa komunikasi, tidak akan adalah perkongsian rasa hati, Tanpa komunikasi CINTA bertepuk sebelah tangan tidak dapat mengenali kasih sayang dan luv sejati, jadi akan CINTA cuba lawan walau rasanya KELAT, akan CINTA cuba walau jajahannya HEBAT. tapi  CUBA jekw tau, tak janji. huhuhuhu insyaallah AMIN.

CINTA si gadis aquarius :)



Maulid nabi (Maulud) 1434/2013

salam khamis SYG,
selamat menyambut Maulidur Rasul 1434/2013,
hope SYG bersemangat pada hari yg MULIA nie,
Jom CINTA nak citer sikit pasal, Maulud nabi
 yg CINTA peringati ;)
sumber
Maulidur Rasul (arab: kelahiran Rasul) adalah hari
KEPUTERAAN Nabi Muhammad s.a.w. Baginda adalah nabi terakhir yg diutuskan oleh Allah s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yg dikenali sebagai Maulid Nabi.
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

WASATIYYAH TONGGAK 
KESATUAN UMMAH
(Tema Kebangsaan)
sumber
Sambutan Maulidul Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun
2013 Masihi yg jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013(hari khamis) adalah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w yg di sambut umat islam SELURUH DUNIA, dengan mengadakan beberapa acara seperti PERARAKAN, CERAMAH & etc.

JOM FAHAMI APA ITU WASATIYYAH (^_^) V
 Menurut Imam Mohamed Baianonie, Istilah arab WASAT membawa kepada tiga MAKSUD, iaitu untuk menjadi SEDERHANA, untuk berada di TENGAH-TENGAH, dan untuk menjadi yg TERBAIK. Oleh itu, apabila Allah s.w.t menggambarkan umat Islam sebagai sebuah negara yg WASAT, Ianya bermakna bahawa kita adalah sederhana, kita adalah umat yg berada di tengah-tengah dan kita berada di negara terbaik. Atawasoot dalam erti kata Islam bermakna bahawa Islam harus cuba yg terbaik untuk menjadi SEDERHANA dalam semua hal ehwalnya, dan dia harus menjauhkan diri dari amalan melampau dan membuat kenyataan yg melampau.
sumber:http://www.dakwah.com.my


hak milik
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KLUANG,
 (Masjid Jamek Kluang)
SYG pergi BERARAK tak?
ke SYG tidur kat bilik jekw buat KUAK LENTANG?
sebenarnya CINTA pun 2 x 5 nak buat KUAK LENTANG tapi setelah
di BLACKWASH dengan ibu cukup2, barulah beransur pergi, CINTA tertanya2 ikhlas ke NIE?, TAPI lepas bersiap pakai baju cantek2 rasa mcm timbul perasaan GEMBIRA sangat,
dengar di speaker TV PERARAKAN di PUTRAJAYA,
makin berkocar-kacir JANTUNG nak pergi,
dup dap dup dap!!!

sampai-sampai jekw MAJLIS dah lama mula,
yalah CINTA datang pun dah pukul 8.30pg,
ramai sangat orang beteraburan!! ada kemah sederet menutupi jalan masuk utama, wah wah wah!!! hebatnya sambutan kali nie,
dalam tengah jalan-jalan ternampak pacuan 4 roda tertulis no
PLAT TMJ,
owhhhhh owhh owhh ruginya CINTA datang lambat,
rupanya Tenku Mahkota Johor mencemar duli ke Kluang
bagi meraikannya bersama-sama rakyat Kluang.
apa lagi konon2 nak carilah TMJ tapi tak LEPAS
 masuk ke Masjid sbb sesak sangat.
duduk jekwlah dengar CERAMAH kat LUAR,
sambil2 TU, berposinglah buat
HAL SENDIRI
huhuhuhu

BUAT ACARA MAULUD SENDIRI (^_-) V
hak milik
 (walaupun tak dapat ambil gambar dengan TMJ, pacuan 4 roda baginda jadilah)


hak milik
 (Sbb ketagih tak dapat berarak, CINTA buat acara MAULUD sendiri, 
LUMBA LARI........sapa lambat kena DENDA )


hak milik
 (walaupun makan nasi minyak biasa, tapi nikmatnya LUAR BIASA sama seperti makan 
Nasi Arab Damsyik, REZEKI yg Allah berikan)


hak milik
(sbb kedaan sesak di pintu masuk Masjid jadi posing kat pintu jekwlah)


hak milik
 (keadaan sepanjang sambutan, tapi CINTA tidak mengikuti 
atur-cara yg dijalanlan satu persatu)

kesimpulanya, buatlah amalan kebaikan walaupun secara TERPAKSA, kerana bermula daripada paksaan baru ianya berbuah hasil KEIKHLASAN, jadi SYG tepuk dada tanyalah IMAN,
CINTA sangatlah bertuah mempunyai ibu yg SANGAT ambil berat dan tidak jemu memberi PERINGATAN walaupun punya anak yg
DEGIL mcm CINTA,
SYG RASUL, SYG IBU.....

CINTA si gadis aquarius :)